KOLEKSI LENGKAP RM 2

Menggumpul RM2 mengikut siri adalah paling mudah dan cepat kerana RM2 hanya terdapat 3 siri sahaja. RM2 bermula daripada siri 8 hingga ke siri ke 10. Terdapat 3 variety tandatangan pada wang kertas RM2 ini. Pada pandangan saya, RM2 yang tinggi nilai adalah pada siri ke 9 iaitu tandantangan pada sisi wang RM2. Kesemua koleksi milik saya ini adalah dalam keadaan UNC.

Continue reading

Advertisements

Syiling 10 Sen 1971

Salam. duit 10 sen tahun 1971 ni memng sangat2 susah nak dapat. Mintage pun hanya dalam 32000 keping je. Jadi x heran la nape syiling nih agak mahal harganya. So pada sape2 yang ade terjumpa syiling ni simpan la k..Nanti bleh jual. Ramai pengumpul duit2 lama cam aku nih nk kn bnda nih.

Anggaran harga boleh tahan la. Boleh cecah ratusan ringgit. Kalu x percaya boleh g tgk kat mudah.my , lelong.com , dan juga ebay. Pergh!!!! harga memang setengah bulan gaji. Orang yang bertuah je yang akan dapat syiling nih kat kedai2 biasa.

Nak di jadikan cerita, aku nih hari tu p la beli teh o ais dan juga jambu. Harga semua RM 3. Tapi mak cik jual jambu nih bagi balance 50 Sen . Salah satu syiling yang ada 10 Sen 1971. Pergh!!! Melompat hepi aku hari tu. Memang dah lama idamkn bnda nih. Jadi aku ada la sekeping syiling nih. Insyallah syiling ni akan di simpan untuk tatapan kawan2, famili dan generasi yang akan datang.